Melaksanakan penilaian kertas siasatan yang diterima dan memberikan pengesyoran tindakan berkaitannya;
Mengendalikan prosiding pendakwaan jenayah di Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perak;
Melaksanakan penilaian permohonan representasi daripada Orang Kena Tuduh dan Peguam Syarie;
Melaksanakan penilaian keperluan prosiding rayuan dan semakan jenayah di Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak;
Mengendalikan prosiding rayuan dan semakan jenayah di Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak;
Menyediakan dokumentasi pengendalian pendakwaan iaitu hujah, notis permohonan dan afidavit, surat permintaan, senarai saksi, dan fakta kes bagi kes yang dikendalikan mengikut keperluan;
Menetapkan kaedah pelupusan barang kes bagi setiap kertas siasatan yang diterima;
Menguruskan wang jaminan semasa dan selepas kes pendakwaan selesai; dan
Memberikan nasihat undang-undang kepada agensi-agensi berkaitan pendakwaan jenayah syariah