Melaksanakan penyelidikan perundangan dan kajian undang-undang syariah berkaitan jenayah syariah dari semasa ke semasa;
Menyediakan jawapan, pandangan, ulasan dan maklumbalas bagi isu-isu yang timbul berkaitan pendakwaan jenayah syariah untuk keperluan agensi dan pemegang taruh;
Mengkaji keperluan dan menyediakan cadangan pindaan, penggubalan undang-undang, peraturan, kaedah dan arahan sedia ada;
Menyediakan dan mengemukakan pendapat bertulis kepada Sultan/Raja mengenai pengampunan dalam kes-kes jenayah syariah yang telah diputuskan;
Menjalankan kajian dan penyelidikan pembangunan strategik dan hala tuju organisasi serta prestasi penyampaian perkhidmatan pendakwaan jenayah syariah;
Menguruskan urustadbir pusat sumber dan pembangunan sumber rujukan dan pengkalan data bahan undang-undang untuk kegunaan semua Pendakwa Syarie;
Menguruskan pencetakan laporan tahunan dan bahan bercetak berkaitan jabatan; dan
Menyediakan kajian analisa statistik dan data kes bulanan serta tahunan kes jenayah syariah