Skip to main content

Bahagian Pendaftaran, Rekod Dan Dokumentasi

Fungsi Bahagian

  • Menguruskan penerimaan kertas siasatan dan pendaftaran kes di semua peringkat Mahkamah Syariah Negeri Perak;
  • Mewujud dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan;
  • Menyelenggara rekod dan dokumentasi fail kes jenayah syariah secara fizikal dan digital;
  • Menyediakan dokumentasi pengurusan perbicaraan di semua peringkat Mahkamah Syariah Negeri Perak yang merangkumi kertas pertuduhan, laporan maklumbalas (waran tangkap, saman, jaminan dan pengesahan maklumat Orang Kena Tangkap) dan draf perintah;
  • Melaksana dan mengurus tindakan dan komunikasi berkaitan pengendalian pendakwaan jenayah syariah di semua peringkat Mahkamah Syariah Negeri Perak;
  • Menyelenggara penjadualan dan tangguhan kes jenayah syariah di semua peringkat Mahkamah Syariah Negeri Perak;
  • Menguruskan pengembalian kertas siasatan yang telah selesai tindakan berdasarkan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang-undang;
  • Menguruskan pelupusan fail-fail kes yang telah selesai berdasarkan tatacara yang ditetapkan oleh pihak Arkib Negara Malaysia;
  • Menyedia dan mengawal selia data dan statistik bulanan dan tahunan kes jenayah syariah;
  • Mengurus, mengkatalog dan menjilidkan rekod simpanan kekal kes jenayah syariah di seluruh Mahkamah Syariah Negeri Perak

Carta Bahagian