Mengurus, merancang dan melaksanakan urustadbir pentadbiran, kewangan, pengurusan aset, perjawatan, pembangunan sumber manusia, latihan dan kerjaya di Jabatan;
Mengurus dan mengendalikan khidmat pelanggan dan aduan awam yang berkaitan;
Mengurus dan menyelenggara rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan di dalam sistem HRMIS;
Bertindak selaku urus setia bagi semua jawatankuasa wajib di peringkat jabatan.
Melaksanakan pengurusan kualiti Jabatan;
Menyedia dan menyelenggara keperluan infrastruktur jabatan termasuk ICT serta memastikan keselamatan dan keperluan latihan berkaitan; dan
Memberi perkhidmatan sokongan kepada bahagian-bahagian lain dalam semua perkara berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, pengurusan sumber manusia, sumber maklumat dan teknologi maklumat