TURUN PADANG BAGI PELBAGAI ADUAN BERKAITAN MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
19 Januari 2023-Majlis Daerah Batu Gajah melalui Jabatan Perancang Bandar dan Landskap, Jabatan Kejuruteraan dan Bangunan, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran telah melaksana sesi turun padang di beberapa lokasi aduan di sekitar Batu Gajah.
Sebarang aduan / cadangan dan maklumbalas boleh dilakukan menerusi sistem atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my. Rujuk panduan libat urus komuniti menerusi pautan atas talian di https://www.mdbg.gov.my/index.php/informasi/terkini/garis-panduan-libat-urus-bersama-komuniti-tahun-2021-2023


