Accessibility Tools

Skip to main content

Aktiviti Terkini

TINDAKAN PENGUATKUASAAN BAGI HAIWAN MERAYAU DALAM KAWASAN OPERASI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

07 Februari 2023-Majlis Daerah Batu Gajah telah melaksana penguatkuasaan tindakan bagi haiwan merayau di sekitar Batu Gajah. Tindakan ini diambil bagi mengurangkan aduan yang diterima daripada komuniti penduduk Batu Gajah sendiri.
AMARAN kepada semua penternak ! Kawal haiwan ternakan anda. Jangan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab anda meningkatkan risiko kemalangan kepada orang lain. Tindakan yang lebih keras akan diambil jika anda gagal mengawal haiwan ternakan masing-masing.
Kepada komuniti penduduk Batu Gajah, tuan / puan boleh melayari pautan atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my bagi sebarang aduan / cadangan / maklum balas.