Accessibility Tools

Skip to main content

Aktiviti Terkini

PROGRAM PEMURNIAN TAPAK SAMPAH HARAM DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL, CHANGKAT

22 Jun 2022- Majlis Daerah Batu Gajah(MDBG) bertanggungjawab bagi memastikan kebersihan dan keceriaan sesebuah kawasan terjaga. Sehubungan itu, MDBG telah melaksana kerja-kerja pembersihan tapak sampah haram berhampiran dengan SJK(T) Changkat agar persekitaran kawasan tersebut bersih dan terpelihara.

Kepada komuniti,elakkan membuang sampah merata-rata. Kita telah diterapkan dengan nilai murni sejak kecil agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar. Sila gunakan kemudahan yang disediakan.