Accessibility Tools

Skip to main content

Aktiviti Terkini

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK TAMAN TIMAH JAYA

14 Januari 2023-Program gotong-royong bersama penduduk Taman Timah Jaya membuka tirai tahun 2023.Atas permintaan penduduk, Majlis Daerah Batu Gajah(MDBG)bersama agensi dan komuniti penduduk berganding bahu membersihkan ruang dewan serta padang permainan taman tersebut.
Selain gotong-royong, MDBG turut membuka kaunter kutipan hasil bagi memudahkan komuniti melaksana pelbagai pembayaran.
Tahniah dan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak terlibat sepanjang program ini berlangsung.
Sebarang aduan / cadangan dan maklumbalas boleh dilakukan menerusi sistem atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my