Accessibility Tools

Skip to main content

Aktiviti Terkini

OPS CANTUM BIL 3/2023

09 Februari 2023-Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Daerah Batu Gajah telah melaksana OPS Cantum di sekitar Pekan Pusing.
Operasi ni merangkumi semua aspek Pematuhan dari segi Penguatkuasaan, Pelesenan Tred,Halangan Tempat Awam,Aduan Awam serta mempromosikan Aplikasi Park@Perak serta Sewa Petak Letak Kereta.
Hasil operasi ini, satu (1) notis dan satu (1) kompaun dikenakan kepada peniaga sekitar kawasan tersebut. Mohon peniaga dan pemilik premis dalam kawasan pentadbiran MDBG dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil.