OPS ANJING LIAR DALAM KAWASAN OPERASI MAJLIS DAERAH BATU GAJAH (MDBG)
1/3/2023 – MDBG berusaha untuk mengurangkan kes anjing liar dalam kawasan perumahan. Kekangan yang timbul akan ditangani untuk mendapat solusi terbaik bagi menyelesaikan isu ini untuk jangka panjang.
Sebuah operasi telah berlangsung pada 1/3/2023 melibatkan kawasan Taman Bemban Indah, Taman Raia Savanna, Taman Bemban Raya, Kg.Sentang, Taman Pusing Delima, Taman Batu Gajah Perdana (GP Court) dan Bandar Sri Pengkalan susulan aduan yang diterima dari komuniti serta pematuhan jadual operasi organisasi.
Untuk sebarang aduan/maklum balas/cadangan, komuniti Batu Gajah boleh melayari pautan atas talian SISPAA di https://perak.spab.gov.my/




