Accessibility Tools

Skip to main content

Aktiviti Terkini

BOOTH PAMERAN DAN KAUNTER BAYARAN MDBG SEMPENA PROGRAM MERDEKA @ KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA, PARLIMEN GOPENG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-65

3 September 2022-Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Raia Mesra telah mengadakan booth pameran sempena Program Merdeka @ Komuniti Keluarga Malaysia, Parlimen Gopeng Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.

Kaunter perkhidmatan MDBG juga dibuka kepada komuniti setempat bagi urusan seperti ketetapan berikut :

  • Bayaran cukai taksiran
  • Bayaran kompaun
  • Semakan dan cetakan bil cukai taksiran
  • Aduan awam
  • Pendaftaran e-kasih

Selain MDBG, agensi lain juga terlibat dalam program pada hari ini antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pejabat Kesihatan yang turut membuka booth pameran masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada KRT Taman Raia Mesra atas program bermanfaat yang dianjurkan. Semoga komuniti penduduk lain dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah dapat mencontohi program seperti ini.