TV ONLINE MBI
Selari dengan ledakan dunia digital, media sosial kini menjadi aplikasi yang semakin menjadi perhatian masyarakat, melihat kepada peluang tersebut Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengambil langkah pembaharuan apabila mewujudkan platfom penyampaian maklumat melalui Tv online MBI.
Pada tahun 2020 ketika negara dilanda pendemik Covid 19, MBI telah menjadikan platfom Tv online ini sebagai medium untuk menyampaikan segala maklumat serta aktiviti yang dilaksanakan oleh MBI.
Tv Online MBI ini berperanan menyediakan perkhidmatan siaran langsung di Facebook dan Youtube serta menghasilakan program-program yang didokumentasikan dalam bentuk video seterusnya disiarkan melalui platfom ini.
Kini Radio MBI dan Tv online MBI telah dijenamakan sebagai RadioTv Bandar raya Ipoh atau (RTBI).