Radio MBI
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melancarkan Radio MBI yang mula beroperasi pada1 Ogos 2016 sebagaimana yang telah disarankan oleh pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 23 Februari 2016.
Radio MBI merupakan sebuah Radio Internet yang boleh diakses seluruh dunia dan menampilkan penyampai-penyampai radio yang terdiri daripada kakitangan MBI yang berbakat besar dan berpengalaman dalam bidang pengacaraan.
Peranan Radio MBI ini untuk menyampaikan hebahan, maklumat terkini dan berkongsi dengan para pendengar tentang aktiviti dan program-program MBI di Ipoh yang memberi banyak manfaat kepada pendengar di seluruh negara.