Skip to main content

EN. FADIL BIN DUAMIT@AHMIT MEMENANGI ANUGERAH PENGARAH TERBAIK DI ANUGERAH TEATER MALAYSIA 2023

EN. FADIL BIN DUAMIT@AHMIT MEMENANGI ANUGERAH PENGARAH TERBAIK DI ANUGERAH TEATER MALAYSIA 2023

7 Oktober 2023 | 21 Rabiulawal 1445H (Sabtu) - Bertempat di Dewan Pusat Pelancongan Malaysia MATIC Kuala Lumpur telah berlangsungnya Anugerah Teater Malaysia 2023 peringkat kebangsaan. Malam Anugerah Teater Malaysia merupakan program penganugerahan dan apresiasi kepada karyawan seni dan petugas teater dari pelbagai genre teater seperti monolog, monodrama, teater moden, teater muzikal dan teater tradisional. Terdapat lebih 30 kategori penganugerahan yang diberikan antaranya Anugerah Pelakon Terbaik (Lelaki dan Wanita), Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik (Lelaki dan Wanita), Anugerah Pelakon Harapan, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Skrip Asal Terbaik, Anugerah Teater Terbaik dll. Di samping itu, anugerah khas iaitu Anugerah Tokoh Teater dan Anugerah Pendukung Seni juga akan dianugerahkan kepada karyawan seni teater yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam bentuk pemikiran, tenaga dan kewangan kepada pembangunan teater serta penyemarakkan pementasan Seni Teater tanah air.

Salah seorang kakitangan Mahkamah Syariah Negeri melaka iaitu En Fadil bin Duamit @ Ahmit telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik bagi Kategori Teater Tradisional.
Teater yang bertajuk " Bangsawan Tun Mamat Dan Puteri Gunung Ledang" telah dipentaskan pada tahun lepas bagi mewakili Badan NGO Persatuan Teater Melaka (PERTEM).

PERTEM juga telah memenangi beberapa Anugerah yang lain antara nya Anugerah Kerografi Terbaik, Anugerah Penata Pengcahayaan Terbaik, Anugerah Gubahan Lagu Terbaik, Anugerah Pelakon Terbaik Teater Tradisional,
Tahniah di atas kejayaan En Fadil bin Duamit @Ahmit di atas kejayaan besar ini.

Tahniah En Fadil Tahniah En Fadil Tahniah En Fadil
Tahniah En Fadil Tahniah En Fadil Tahniah En Fadil