Dasar & Penyelidikan
Objektif
- Memperkukuhkan Sistem Kehakiman Syariah
- Mewujudkan dasar dan garis panduan yang meningkatkan integriti, ketelusan, akses keadilan serta keberkesanan prosiding di Mahkamah Syariah.
- Menjadikan Mahkamah Syariah Berasaskan Data & Penyelidikan
- Menyokong keputusan pengurusan dan kehakiman melalui bukti empirikal, analisis statistik dan kajian ilmiah yang berkualiti.
- Menyedia dan Menyokong Pembentukan Undang-Undang Syariah yang Maju & Relevan
- Membantu memastikan undang-undang Syariah negeri seiring dengan keperluan masyarakat semasa tanpa mengabaikan prinsip syarak.
- Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Kes
- Mengoptimumkan aliran kerja mahkamah melalui polisi, SOP dan cadangan penambahbaikan yang berasaskan dapatan kajian dan analisis kesesakan/kelewatan.
- Menggerakkan Transformasi Digital Mahkamah
- Melaksanakan kajian dan dasar yang menyokong digitalisasi, automasi, dan sistem e-kehakiman dengan teratur dan selamat.
Fungsi
- Menggubal dan Menyelia Dasar Dalaman Mahkamah
-
- Merangka, menyemak dan mengemaskini garis panduan kehakiman bagi memastikan keseragaman dan keberkesanan pelaksanaan.
- Menyediakan dasar baharu yang responsif kepada isu semasa Syariah.
- Menjalankan Kajian dan Penyelidikan Perundangan Syariah
-
- Melaksanakan penyelidikan isu-isu undang-undang, prosedur dan statistik kes bagi tujuan penambahbaikan.
- Membantu hakim-hakim melalui analisis ilmiah berkaitan perkembangan undang-undang negeri lain, akademik semasa, serta standard pentadbiran kehakiman.
- Menyediakan Kertas Cadangan dan Syor Penambahbaikan
-
- Menyediakan kertas polisi, kertas makluman, dan nota eksekutif kepada Ketua Hakim Syarie.
- Mengemukakan syor berasaskan penyelidikan bagi memperkukuh sistem kehakiman dan pentadbiran Mahkamah Syariah.
- Menjalankan Kajian Semula Undang-Undang (Law Review)
-
- Menilai keperluan pindaan Enakmen dan Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah.
- Menyediakan draf awal cadangan pindaan perundangan
Carta Unit
Sedang Dikemaskini






















.png)





.png)








