Skip to main content

PROGRAM “JUDICIARY IDEATION WORKSHOP 2023” MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA

PROGRAM “JUDICIARY IDEATION WORKSHOP 2023” MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA

17 Mac 2023 | 24 Syaaban 1444H (Jumaat) - Unit Dasar dan Penyelidikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menganjurkan Program Judiciary Ideation Workshop 2023 bertempat di Dewan Banquet, Komoleks MSNM. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman (Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka). Progam ini dikendalikan oleh penceramah jemputan Tuan Ts. Helmi Bin Mohd Yusop, Ketua Bahagian Digital, Alam Flora Sdn. Bhd.  Turut hadir dalam program tersebut, YA Tuan Abd. Razak Bin Mat Nayan, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Mohammad Zulkhairi Bin Aziz, Ketua Pendaftar dan Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman, Pegawai Penyelidik Kanan, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah dan semua kakitangan MSNM. 

Dalam ucapan Aluan YAA Datuk Ketua Hakim Syarie telah menekankan kepada komitmen penuh dari sudut penyertaan dan penglibatan semua pegawai dan kakitangan MSNM terhadap program ini. Perkongsian pengalaman  dan  idea serta komunikasi dua hala antara penceramah dan semua peserta akan dapat membuahkan hasil atau resolusi yang baik kepada penambahbaikan perkhidmatan khususnya berkaitan teknologi ICT. Program diteruskan dengan slot perkongsian maklumat oleh Tuan Penceramah berkaitan Teknologi  AI (Artificial Inteligion) yang mana telah banyak diguna pakai oleh sektor swasta termasuk sektor awam dalam menambah baik perkhidmatan dalam era digital komunikasi tanpa sempadan di seluruh dunia. Slot terkakhir diisi dengan sesi Latihan Dalam Kumpulan bagi mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian dengan memanafaatkan teknologi  ICT terkini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kakitangan MSNM dalam melaksanakan tugasan seharian.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan sesi bergambar. Semoga program ini akan menjadi titik mula kepada era pendigitalan penyampaian perkhidmatan MSNM yang lebih efektif dan efisyen kepada seluruh rakyat Negeri Melaka khususnya dan Malaysia umumnya dalam usaha memartabatkan sistem perundangan Syariah.

 

PROGRAM JUDICIARY IDEATION WORKSHOP 2023 PROGRAM JUDICIARY IDEATION WORKSHOP 2023 PROGRAM JUDICIARY IDEATION WORKSHOP 2023
PROGRAM JUDICIARY IDEATION WORKSHOP 2023 PROGRAM JUDICIARY IDEATION WORKSHOP 2023 PROGRAM JUDICIARY IDEATION WORKSHOP 2023