
"Meraikan Warisan Bumi,
Melestarikan Komuniti Setempat."
Geopark Lembah Kinta diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPK) yang berperanan menyelia, memantau, dan mengurus pembangunan kawasan geopark.
PTNPK bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk:
-
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,
-
Tourism Perak,
-
Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah Batu Gajah, dan Majlis Daerah Kampar).
Kerjasama ini memastikan pembangunan geopark berjalan secara lestari, dengan mengekalkan keseimbangan antara pemeliharaan alam dan pembangunan pelancongan.
Unit Pengurusan
Geopark Lembah Kinta
Pengurusan Geopark Lembah Kinta merupakan salah satu unit di bawah Perbadanan Taman Negeri Perak yang berperanan sebagai badan pengurusan rasmi bagi Geopark Lembah Kinta. Kami bertanggungjawab menyediakan kemudahan, memelihara warisan geologi dan budaya, serta membantu menyokong inisiatif pelancongan dan pendidikan yang mampan.
-
Perancangan dan Pengurusan Strategik
Merangka dasar dan pelan tindakan bagi memastikan pemuliharaan dan penggunaan sumber geopark dilakukan secara bertanggungjawab dan berhemah.
-
Kemudahan Infrastruktur
Menyediakan kemudahan berkualiti untuk keselesaan pelawat ke tapak – tapak geopark.
-
Pendidikan dan Kesedaran
Memupuk pemahaman awam mengenai geologi, biodiversiti, dan warisan budaya melalui program pendidikan dan pameran.
-
Kolaborasi Komuniti dan Pihak Berkepentingan
Menjalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan, institusi penyelidikan, komuniti tempatan serta rakan industri untuk mencapai objektif bersama.
-
Pembangunan Pelancongan
Menyokong dan menggalakkan geopelancongan mampan yang menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi tempatan, di samping mengekalkan nilai-nilai lestari geopark.
Visi
Misi


Maskot Geopark Lembah Kinta – "Timah"
"Timah" merupakan maskot rasmi Geopark Lembah Kinta, yang diinspirasikan daripada mineral timah – warisan geologi paling ikonik di kawasan ini. Nama dan reka bentuk maskot ini mencerminkan identiti Lembah Kinta sebagai suatu ketika dahulu merupakan pengeluar bijih timah terbesar di dunia.
Kemakmuran industri perlombongan timah bukan sahaja membentuk sejarah ekonomi dan sosial kawasan ini, tetapi juga secara langsung menyumbang kepada pembentukan landskap unik yang menjadi ciri utama Geopark Lembah Kinta hari ini.
"Timah" membawa simbolik kekayaan sejarah, kepelbagaian warisan geologi, dan aspirasi ke arah pembangunan pelancongan berasaskan pendidikan serta kelestarian.