Skip to main content

Bengkel Pelupusan Al-Quran Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Bengkel Pelupusan Al-Quran Mahkamah Syariah Negeri Melaka


21 Mac 2019 | 14 Rejab 1440H (Khamis) - Bengkel pelupusan Al-Quran siri 2 MSNM telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat Saidina Umar, MSNM. Bengkel dipengerusikan oleh Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Penfaftar MSNM dan turut dihadiri oleh Hakim Kanan Mahkamah Rendah MSNM,Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim serta majoriti peserta bengkel. Bengkel siri 2 ini diadakan kesinambungan hasil daripada bengkel siri 1 yang lalu di mana bengkel siri 2 pula bertujuan supaya ketua setiap kumpulan pengumpulan, pengasingan dan pelupusan perlu membentangkan laporan hasil gerak kerja masing-masing.

Setiap pembentangan pula diberikan komen, pandangan dan soal jawab dari tuan pengerusi dan peserta-peserta yang lain. Hasil pembentangan bengkel ini,tuan pengerusi memohon supaya setiap kumpulan menyediakan kembali proses carta alir atau SOP kumpulan yang berlaku perubahan untuk dibincangkan sebelum diberi kelulusan oleh pengerusi. Perkembangan positifnya bahawa setiap kumpulan telah memulakan gerak kerja dan lokasi pengumpulan telah diwujudkan serta jumlah naskhah Al-Quran yang berjaya dikumpul juga semakin bertambah dan sentiasa mendapat perhatian dari YAA Ketua Hakim Syarie. Semoga usaha murni ini memberi manfaat kepada semua warga MSNM demi menjaga kemuliaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Bengkel Pelupusan Al-Quran Mahkamah Syariah Negeri Melaka engkel Pelupusan Al-Quran Mahkamah Syariah Negeri Melaka engkel Pelupusan Al-Quran Mahkamah Syariah Negeri Melaka
engkel Pelupusan Al-Quran Mahkamah Syariah Negeri Melaka engkel Pelupusan Al-Quran Mahkamah Syariah Negeri Melaka engkel Pelupusan Al-Quran Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi