Skip to main content

Taklimat Pelaksanaan Sistem MyReCourt (My Registration Court) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

Taklimat Pelaksanaan Sistem MyReCourt (My Registration Court) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah

06 September 2018 | 25 Zulhijjah 1439H (Khamis) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengikuti lawatan taklimat Pelaksanaan Sistem MyReCourt (My Registration Court) oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah yang diadakan di Kompleks Pejabat Agama & Mahkamah Syariah Daerah Langkawi. Lawatan ini disambut oleh YAA Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah, Dato' Syeikh Abd. Rahman Bin Hj. Abdullah, Ketua Pendaftar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Langkawi dan beberapa orang pegawai lain. 

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan sistem MyReCourt di jabatan tersebut untuk dijadikan contoh & panduan dalam pelaksanaan pendaftaran kes di jabatan ini. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Y.A.A Datuk Haji Mohd Radzi bin Hj. Abd. Latif, Ketua Pendaftar, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz bersama 6 orang pegawai yang lain. Diharapkan dengan lawatan ini, para peserta dapat menimba sedikit pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan MyReCourt dan seterusnya mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara MSNM dan JKSN Kedah.

Taklimat Sistem MyReCourt (My Registration Court) JKSN Kedah Taklimat Sistem MyReCourt (My Registration Court) JKSN Kedah Taklimat Sistem MyReCourt (My Registration Court) JKSN Kedah

Disediakan Oleh: Elmy Syarmila Binti Mohammad Ali