Skip to main content

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah (ICC) - The Sheriff

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah (ICC) - The Sheriff


24-25 Julai 2018 | 11-12 Zulkaedah 1439H - Kumpulan The Sheriff (SBSK) Mahkamah Syariah Negeri Melaka buat pertama kali telah menyertai Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah (ICC) yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, Kuala Lumpur. Kumpulan The Sheriff yang dianggotai seramai 6 orang iaitu Tn Mohamad Norshahnizam bin Norizan, Zainal Abidin bin Mohd Hidzir, Muhammad Afiq bin Ab Samat, Ahmad Adzri bin Mohd Adnan, Mohd Nazri bin Mohamad@ Yusop dan Ahmad Rifaie bin Rose serta dibantu oleh seorang fasilitator Cik Siti Aishah binti Kamarudin. Kumpulan ini telah mempertandingkan projek SWAT 24 Hours iaitu berkaitan SOP Waran Tangkap. Satu projek penambahbaikan proses kerja sedia ada agar penyerahan waran tangkap kepada Penghutang Penghakiman dapat dilaksanakan dalam tempoh 24 jam. Kumpulan The Sheriff ini telah mendapat Anugerah Perak di dalam konvensyen tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan ini atas kejayaan tersebut. Semoga kumpulan ini terus cemerlang di masa akan datang dan terus menghasilkan inovasi-inovasi baru terhadap penambahbaikan proses kerja yang sedia ada.

Team Excellent Wilayah Tengah Team Excellent Wilayah Tengah Team Excellent Wilayah Tengah
Team Excellent Wilayah Tengah Team Excellent Wilayah Tengah Team Excellent Wilayah Tengah

 

Disediakan Oleh: Norazita Binti Mohd Ali