Skip to main content

Lawatan Sambil Belajar Para Pelajar SMA Al-Asyraf, Pulau Sebang, Melaka

Lawatan Sambil Belajar Para Pelajar SMA Al-Asyraf, Pulau Sebang, Melaka


7 September 2017 | 16 Zulhijjah 1438H (Khamis) - MSNM telah menerima lawatan seramai 67 orang pelajar tingkatan 5 dan 3 orang guru pengiring. Antara objektif lawatan ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan awal kepada para pelajar ini berkaitan fungsi mahkamah Syariah serta merasai sendiri pengalaman mendengar kes perbicaraan di dalam dewan bicara. 

Taklimat awal telah diberikan oleh wakil Seksyen Khidmat Korporat MSNM dan seterusnya para pelawat dipersembahkan dengan tayangan video korporat MSNM dan seterusnya pembahagian kumpulan bagi mendengar kes perbicaraan.

Lawatan Sambil Belajar SMA Al-Asyraf, Pulau Sebang

Setelah tamat mendengar perbicaraan selama satu jam setengah, para pelajar dibawa melawat ke Dewan Rayuan Syariah di aras empat dan seterusnya melawat Galeri MSNM dan meninjau keadaan di lokap lelaki dan wanita di Balai Polis Mahkamah Syariah di aras bawah dengan penerangan ringkas telah diberikan oleh pegawai Polis yang bertugas. " Sesungguhnya pengalaman ini tidak boleh dapat dari mana-mana orang selain diri sendiri yang merasainya. Ini pengalaman sangat berharga yang tidak ada di dalam buku pelajaran..." kata salah seorang pelajar.

Lawatan Sambil Belajar SMA Al-Asyraf, Pulau Sebang

Diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui sesi lawatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar. MSNM mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih MSNM untuk sesi lawatan para pelajar.

Disediakan Oleh: Seksyen Khidmat Korporat MSNM