Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, MSNM telah berjaya melaksanakan penaiktarafan laman web rasmi jabatan seiring dengan pemanfaatan Sistem e-Syariah Versi 3 yang telah dikemaskini.
Pelaksanaan e-Syariah Versi 3 ini merangkumi usaha pengukuhan integrasi sistem sokongan pentadbiran. Naik taraf ini memberi penekanan kepada kecekapan proses kerja (process efficiency), ketepatan data (data integrity), keselamatan maklumat (information security) dan kebolehcapaian perkhidmatan (service accessibility), selaras dengan keperluan tadbir urus digital sektor awam.
Selari dengan pelaksanaan sistem tersebut, laman web rasmi MSNM telah berjaya dinaik taraf dengan reka bentuk yang lebih mesra pengguna (user-centric design), struktur maklumat yang lebih tersusun, serta capaian pantas kepada perkhidmatan dan maklumat kehakiman. Penambahbaikan ini bertujuan meningkatkan pengalaman pengguna (user experience) serta memastikan penyampaian maklumat yang lebih telus, konsisten dan berautoriti.
Inisiatif transformasi digital ini mencerminkan komitmen berterusan MSNM untuk kekal relevan, responsif dan berdaya saing, sejajar dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan kecekapan, ketelusan, keterangkuman dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam berasaskan teknologi digital.
Harapan saya dengan adanya laman web ini, ianya dapat dijadikan medium perantaraan kepada warga MSNM dengan pengunjung bagi mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti dan perkembangan terkini jabatan. Sebarang cadangan, pandangan, pertanyaaan dan maklumat daripada pengunjung adalah amat dialu-alukan.
Akhir kalam, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan warga kerja yang terlibat dalam menjayakan pembangunan laman web ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada ekosistem kehakiman Syariah yang berintegriti, mampan dan berpaksikan nilai Ihsan, Rahmah dan Amanah.
Selamat melayari laman web MSNM.
Sekian, Wassalam.
YAA TUAN HJ AZZEMAN BIN HJ OMAR
Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Negeri Melaka