PELAJAR TAMAT LATIHAN PRAKTIKAL DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA DIRAIKAN OLEH YAA TUAN HJ. AZZEMAN BIN HJ. OMAR, KHS MSNM
PELAJAR TAMAT LATIHAN PRAKTIKAL DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA DIRAIKAN OLEH YAA TUAN HJ. AZZEMAN BIN HJ. OMAR, KHS MSNM

29 Ogos 2024 | 24 Safar 1446H (Khamis) - Seramai 11 orang pelajar yang menjalani Latihan Praktikal di Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah dan akan tamat sesi latihan mereka. Dikalangan mereka ada yang menjalani latihan selama dua hingga tiga bulan. Kesemua 11 pelajar praktikal ini diraikan di dalam satu Majlis Ringkas Penyampaian Sijil Tamat Latihan Praktikal di Kompleks Mahkamah Syariah Ayer Keroh dan disempurnakan oleh YAA Tuan Hj. Azzeman Bin Hj. Omar, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka bersama-sama pegawai-pegawai Jabatan iaitu Encik Azahar Bin Hj. Jaapar (Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah), Puan Saudah Binti Adnan (Unit Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia), Puan Sharifah Binti Shuib (REKOD), Cik Siti Roslina Binti Ab Hasan (Kaunter OSC) dan Encik Abdul Razak Bin Mohamad (Unit Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia).
Kesemua pelajar yang diraikan ini rata-rata menzahirkan rasa sayu dan bangga kerana dapat berkhidmat di Mahkamah Syariah Negeri Melaka di samping itu pelajar berpeluang menyertai beberapa program besar anjuran Jabatan. Ini memberi mereka satu pengalaman berharga yang penuh bermakna untuk pelajar. Pihak Jabatan menzahirkan sekalung penghargaan kepada semua pelajar praktikal ini yang telah menamatkan sesi latihan mereka dengan menunjukkan keupayaan dan komitmen yang sangat tinggi terutamanya dalam memupuk semangat kerja berpasukan yang cemerlang.
Pihak Pengurusan Tertinggi dan Seluruh warga MSNM mendoakan agar semua pelajar akan lebih maju pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diuacpkan kepada pelajar-pelajar berikut:
1. Cik Nabiha Solehah Binti Roslan
Ijazah Al-Quran & Al-Sunnah
Universiti Islam Selangor (UIS)
2. Cik Nurulhuda Binti Mohd Azizi
Ijazah Pengajian Islam
Universiti Islam Selangor (UIS)
3. Cik Nur Elysha Sofia Binti Roseli
Ijazah Sarjana Muda Syariah
Universiti Islam Selangor (UIS)
4. Cik Syahirah Binti Johar
Ijazah Perundangan Syariah
Universiti Melaka (UNIMEL)
5. Cik Nur Qalida Aina Binti Mohd Faizul
Ijazah Perundangan Syariah
Universiti Melaka (UNIMEL)
6. Cik Nur Asyura Binti Abd Aziz Shahrifuaddin
Ijazah Perundangan Syariah
Universiti Melaka (UNIMEL)
7. Cik Syafiqah Binti Nor Azam
Ijazah Perundangan Syariah
Universiti Melaka (UNIMEL)
8. Cik Nurhanis Humairah Binti Mohd Zamri
Ijazah Perundangan Syariah
Universiti Melaka (UNIMEL)
9. Cik Puteri Maisara Binti Mohamad Ramli
Ijazah Perundangan Syariah
Universiti Melaka (UNIMEL)
10. Encik Harith Iskandar Bin Zulkepli
Ijazah Pengurusan Pembangunan Islam
Universiti Melaka (UNIMEL)
11. Cik Mikyal Amrinie Wahyu Binti Khirruddin
Ijazah Syariah Hukum Keluarga
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
Semoga pelajar sentiasa berjaya dan terus cemerlang di luar sana walau berada dalam bidang apa sekalipun, terima kasih.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |