MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE NEGERI MELAKA 2022
MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE NEGERI MELAKA 2022
11 Oktober 2022 | 14 Rabiulawal 1444H (Selasa) - Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka 2022 telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bertempat di Grand Ballromm MITC Ayer Keroh Melaka. Majlis yang diadakan pada petang ini merupakan kali ke-7 telah diadakan menunjukkan komitmen majlis agama islam melaka melalui Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Melaka yang diurusetiakan oleh mahkamah syariah negeri melaka secara konsisten menerima masuk peguam syarie yang dapat beramal di mahkamah syariah seluruh negeri melaka pada setiap tahun. Program ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat terdiri daripada YB Datuk Kalsom bin Noordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan; YB Datuk Abd Aziz bin Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, YA Dato' Haji Mohd. Shukor bin Sabudin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Melaka, Yang Arif-yang arif Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Melaka, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Pada hadirin berpeluang menyaksikan tayangan montaj, mendengar ucapan YAA Datuk Mohd Nadzri Bin Hj Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, ucapan perasmian oleh YAB Datuk Seri Utama Hj Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka dan juga perisytiharan pentauliahan dengan mengetuk tukul hakim sebagai simbolik perasmian majlis pada hari ini. Pada hari ini seramai 137 peguam syarie telah berjaya melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan ketetapan yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Melaka sebelum dilantik dan ditauliahkan sebagai peguam syarie negeri Melaka. Antara syarat-syarat tersebut ialah menghadiri sesi ceramah, menduduki ujian bertulis dan menghadiri sesi ujian lisan atau temuduga sebelum diperakukan di dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka dan seterusnya diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Peguam Syarie juga perlu diterima masuk sebagai peguam syarie di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ditauliahkan sebagai peguam syarie.
Majlis pentauliahan pada tahun ini telah menjadikan keseluruhan peguam syarie negeri melaka yang berdaftar adalah berjumlah seramai 542 orang peguam syarie yang dapat memberikan pilihan yang mencukupi untuk masyarakat di negeri melaka khususnya mendapatkan khidmat peguam syarie sama ada untuk khidmat nasihat perundangan atau mewakili mereka di dalam kes mahkamah. Selain daripada berurusan dengan mahkamah, diharapkan semua peguam syarie negeri Melaka dapat menyumbangkan khidmat bakti dan kepakaran yang mereka ada ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dengan mendaftarkan diri sebagai ahli kepada persatuan peguam syarie malaysia (pgsm) cawangan negeri melaka yang pada ketika ini hanya seramai 60 orang peguam syarie sahaja yang mendaftarkan diri.
Profesion peguam syarie sangat penting bagi Mahkamah Syariah khususnya dan kerajaan negeri umumnya kerana dapat membantu mahkamah menyelesaikan kes pihak-pihak yang bertikai dengan adil dan secara tidak langsung dapat merealisasikan visi kerajaan menuju negeri lestari berteraskan kesejahteraan kehidupan berkeluarga. Tahniah kepada semua peguam syarie yang ditauliahkan dan semoga kalian menjadi agenda tranformasi kehakiman Syariah di negeri Melaka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |