Skip to main content

MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024

MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024

27 Ogos 2024 | 22 Safar 1446H (Selasa) - Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga, Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bil. 1/2024  telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Ali, Aras 3, Blok Temenggong, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dengan dihadiri oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Hj Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka, Yang Amat Arif Tuan Azzeman bin Omar, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka, Tuan Shaifulfazlee bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka, Tuan Shukeri Najib bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Puan Jamiah binti Hussin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Puan Siti Masitah binti Md Kassim, Penolong Pengarah Kanan BSK selaku Setiausaha, Tuan Azimaruddin bin Abd Zain, Puan Wan Siti Khadijah Habibah binti Wan Husin, Encik Azahar bin Hj Jaapar, Puan Hanafizah binti Hussain, Encik Mohd Nizam bin Azmi dan Puan Zubaidah binti Yacop. 

Turut menghadiri mesyuarat ini adalah wakil daripada Unit Kewangan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Puan Nur Hartatie Azira binti Azizan dan Puan Zamiatulsafiah binti Mohideen. Pelbagai isu dibincangkan bagi memastikan akaun amanah BSK ditadbir urus dengan baik dan teratur menepati tatacara yang ditetapkan. Di kesempatan ini juga Penolong Pengarah Kanan BSK SN Melaka, Puan Siti Masitah sempat memberikan pengenalan ringkas berkenaan BSK kepada YB SUK. Sekian.

MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024 MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024 MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024
MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024 MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024 MESYUARAT JK TABUNG / KUMPULAN WANG AMANAH BSK MSNM BIL. 1 TAHUN 2024