14 Oktober 2015 (Rabu)- Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Y.A.A Tan Sri Dr.Ibrahim Bin Lembut telah dianugerahkan sebagai tokoh Maal Hijrah 1437H pada Majlis Perhimpunan Dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1437H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2015M yang berlangsung pada 14 Oktober 2015 bersamaan 1 Muharram 1437H bertempat di Dataran Pusat Islam Bukit Palah,Melaka.

Beberapa orang pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) turut menghadiri majlis tersebut untuk meraikan penganugerahan tersebut. Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob dan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir Haji Idris Bin Haji Haron. Majlis itu juga bermula pada 8.30 Pagi dan selesai pada 11.30 Pagi.