Skip to main content

Lawatan Kerja ke Arkib Negara Malaysia (ANM)

Lawatan Kerja ke Arkib Negara Malaysia (ANM)


v4 Jun 2015 – Unit Rekod Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah mengadakan satu lawatan kerja bersama beberapa pegawai dan kakitangan MSNM ke Arkib Negara Malaysia (ANM). Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara terus mengenai pengurusan rekod jabatan MSNM melalui sistem E-Records yang telah digunapakai di ANM sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka dalam rangka membina pengurusan rekod jabatan yang inovasi dan sistematik.

4 Jun 2015 – Unit Rekod Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah mengadakan satu lawatan kerja bersama beberapa pegawai dan kakitangan MSNM ke Arkib Negara Malaysia (ANM). Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan secara terus mengenai pengurusan rekod jabatan MSNM melalui sistem E-Records yang telah digunapakai di ANM sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka dalam rangka membina pengurusan rekod jabatan yang inovasi dan sistematik.

a s

Lawatan kerja ini diketuai oleh Tuan Mohd Tirmizi , selaku Pegawai Penyelidik MSNM yang tiba pada jam 11.00 pagi dan telah disambut oleh Puan Shazana Bt Ismail, Pegawai Khidmat Pelanggan. Seterusnya majlis taklimat berkaitan Pengurusan Rekod Elektronik yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Wan Manso Bin Wan Abdullah , Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Promosi. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Zam Zarina Bt Ishak, Pengawai Teknologi Maklumat daripada Seksyen Pengurusan Rekod Elektronik. Diakhir taklimat itu, sesi soal jawab berkaitan Pengurusan Rekod Eletronik diantara peserta lawatan dengan penceramah.

s a

Banyak informasi dan pengalaman yang dikongsi dan dipelajari daripada taklimat tersebut. Seterusnya pada jam 12.00 Tengahari, semua pegawai dan kakitangan MSNM telah dibawa melawat beberapa tempat antaranya Seksyen Pengurusan Rekod dan Registri. Di sana peserta lawatan diberi penerangan ringkas berkaitan sistem pengurusan rekod dan registri secara berpusat (OSC) yang telah digunapakai di sana. Kemudian peserta dibawa melawat ke Seksyen Pemeliharaan dan Reprografi. Di sana juga, peserta lawatan telah diberi taklimat berkaitan proses pemeliharaan dokumen oleh seorang Penolong Pegawai Arkib dan peserta lawatan berpeluang melihat sendiri bagaimana sesuatu dokumen usang dibaikpulih dan dipelihara dengan rapi demi menjaga maklumat yang bernilai.

w
Seusai tamat lawatan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda penghargaan menerima kunjungan mesra daripada MSNM. Semoga hasil lawatan tersebut, peserta lawatan dapat menambahbaik sistem pengurusan rekod dengan lebih efesien dan sistematik di MSNM.

Disediakan oleh: Abdul Karim Bin Ibrahim