25 Oktober 2019|25 Safar 1441H (Jumaat) - Jawatankuasa Emergency Response Team Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan aktiviti seperti yang dinyatakan di atas dengan kerjasama pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cawangan Air Keroh, Melaka. Aktiviti ini diadakan bagi memenuhi keperluan Peraturan Keselamatan Bangunan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Latihan dimulakan dengan deringan loceng kebakaran yang dibunyikan bagi menunjukkan isyarat kecemasan supaya semua warga kerja mahkamah bergegas berkumpul di dataran parkir meninggalkan kawasan pejabat. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 4 minit untuk mengosongkan bangunan melalui pintu dan tangga kecemasan.
Matlamat utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada seluruh warga kerja Mahkamah tentang bahaya kebakaran di samping mempelajari cara-cara untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. Selain daripada itu, warga kerja Mahkamah juga khususnya pegawai dan kakitangan diberi pendedahan mengenai cara-cara menggunakan alat pemadam api yang disediakan di dalam Mahkamah.
Adalah diharapkan melalui aktiviti ini, semua warga kerja Mahkamah akan lebih berhati-hati pada masa akan datang dan lebih menghargai kemudahan-kemudahan seperti alat pemadam api yang disediakan oleh pihak jabatan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim