Skip to main content

CERAMAH IHYA' RAMADHAN "TETAMU YANG DINANTI"

CERAMAH IHYA' RAMADHAN "TETAMU YANG DINANTI"

22 Mac 2024 | 11 Ramadhan 1445H (Jumaat) - Ceramah Ihya’ Ramadan “Tetamu Yang Dinanti” telah diadakan di Dewan Banquet, Aras 4 Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM). Program ini merupakan antara program anjuran Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi (KKSR) MSNM sepanjang bulan Ramadan tahun 2024. Ceramah Ihya’ Ramadan tersebut telah disampaikan oleh Penceramah Bebas, Ustaz Hanuar Bin Talib.

Program telah dimulakan dengan ucapan oleh YA Tuan Haji Mohd Yunus Bin Mohamad Zin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah sebagai mengalu-alukan kehadiran penceramah dalam memberikan perkongsian ilmu kepada warga MSNM. Dalam ceramahnya, penceramah menyeru semua warga MSNM agar mengambil peluang merebut pahala dan ganjaran di bulan yang mulia ini. 

Selain itu, penceramah juga membimbing bacaan doa bersama warga MSNM dalam ceramahnya agar dikurniakan rezeki bertemu Lailatul Qadr yang mempunyai kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain sebagaimana firman Allah SWT Surah al-Qadr ayat 3 yang bermaksud “Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan”.

Program dipagi Jumaat yang berkat ini selanjutnya diteruskan dengan sesi rakaman takbir raya oleh pegawai dan kakitangan lelaki MSNM. Tahniah kepada pentadbiran MSNM, KKSR dan semua pihak yang terlibat menjayakan ceramah serta rakaman takbir raya dengan jayanya pada kali ini.

Ceramah IhyakRamadhan 1 Ceramah IhyaRamadhan 2  
Ceramah IhyaRamadhan 3 Ceramah IhyaRamadhan 4