10 Oktober 2023 | 24 Rabiulawal 1445H (Selasa) - Unit Rekod Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) dengan kerjasama Unit Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia MSNM telah melaksanakan pemindahan rekod awam yang melibatkan fail peribadi Tan Sri Dato' Setia Dr. Haji Ibrahim Bin Lembut iaitu Mantan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka pada tahun 1998 hingga 2002. Pemindahan fail peribadi ini adalah di bawah ketegori rekod bernilai yang melibatkan Penjawat Tinggi Kerajaan di bawah Jadual Pelupusan Rekod ( Urusan Am) Arkib Negara Malaysia 2012.
Proses pemindahan fail peribadi ini telah diterima oleh Pegawai Arkib Negeri Melaka iaitu En Abdul Razak Bin Muazzam dan dihadiri oleh En Abdul Razak Bin Mohamad selaku wakil daripada Unit Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia MSNM serta En Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir dan Pn. Sharifah Binti Shuib daripada Unit Rekod MSNM.
![]() |
![]() |
![]() |