29 September 2023 | 13 Rabiulawal 1445H (Jumaat) - Hari ini merupakan hari terakhir bagi Encik Mohamad Ariffin Bin Yaacob, Pembantu Syariah dari Unit Pendaftaran & Rekod dan Encik Rahmat Bin Adon, Penolong Pegawai Syariah dari Unit Pengurusan, Mahkamah Tinggi Syariah di Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) kerana bersara pilihan setelah berkhidmat di MSNM sejak tahun 1990 iaitu tahun awal penubuhan MSNM di Melaka.
Sesi Clock Out bagi mereka berdua telah diadakan pada jam 3.30 petang di Aras G Kompleks MSNM. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YAA Datuk Mohd Nadzri bin Hj. Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie MSNM, Puan Ruhmawati Binti Khuzaimah, Ketua Pendaftar, Pegawai dan kakitangan MSNM yang telah sama-sama berkumpul bagi menghargai mereka.
Di dalam sesi tersebut YAA Datuk telah merakamkan ucapan penghargaan atas sumbangan besar dan sangat bermakna dalam pembangunan MSNM sejak awal hingga kini. Sesi tersebut berakhir dengan sesi bergambar antara mereka yang mesra dipanggil Ustaz Ariffin dan Ustaz Rahmat dengan semua hadirin. InsyaAllah, program persaraan mereka akan diadakan kelak bagi menyanjung jasa dan bakti mereka di MSNM.
Terima kasih Ustaz Ariffin dan Ustaz Rahmat!
Selamat Bersara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |