19 Oktober 2022 | 21 Rabiulawal 1444H (Rabu) - Lawatan Akademik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad ke Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah dihadiri 127 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring. Program Lawatan Akademik ini dilaksanakan adalah bertujuan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkaitan proses dan prosedur pengurusan kes di Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM). Pengisian program lawatan akademik ini adalah melibatkan lawatan ke Dewan Bicara dan Galeri Kehakiman MSNM. Diharapkan lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta dengan adanya program kerjasama yang berpanjangan pada masa akan datang.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |