Skip to main content

AUDIT INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA DENGAN KERJASAMA ARKIB NEGARA

AUDIT INSPEKTORAT PENGURUSAN REKOD JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA DENGAN KERJASAMA ARKIB NEGARA

19-20 September 2022 | 22-23 Safar 1444H - Audit Inspektorat Pengurusan Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Dengan Kerjasama Arkib Negara telah diadakan di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Barisan juruaudit adalah terdiri daripada Tuan Datu Royniehasim Bin Datu Pindatun, Pengarah Arkib Negara (Negeri Melaka) Dan Puan Siti Hartini Binti Husain, Pegawai Arkib daripada Seksyen Audit Dan Inspektorat, Arkib Negara Malaysia. Lokasi pengauditan Inspektorat Pengurusan Rekod pada kali ini adalah melibatkan Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin.

Hasil pengauditan dibuat, tiada ketaakuran ditemui dan terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang diberikan dalam pengurusan rekod jabatan.
Tahniah kepada pengurusan tertinggi MSNM, pegawai dan kakitangan semua unit, dan semua pihak yang berusaha memastikan pelaksanaan sistem pengurusan rekod jabatan berada dalam keadaan baik dan cemelang
Syabas MSNM!

Rekod 1 Rekod 2 Rekod 3
Rekod 4 Rekod 5 Rekod 6
Rekod 7 Rekod 8 Rekod 9
Rekod 10 Rekod 11 Rekod 12