06 Ogos 2024 | 1 Safar 1446H (Selasa) - YAA Tuan Azzeman bin Hj Omar, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah mengadakan Lawatan Kerja Ketua Hakim Syarie ke MRS Jasin Melaka. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengenali pegawai dan kakitangan MRS Jasin ekoran daripada pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim Syarie MSNM berkuatkuasa pd 29 Julai 2024. Turut serta dalam lawatan ini adalah Puan Jamiah Binti Hussin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pendaftar dan Tuan Mohd Saifuddin Bin Othman, Pegawai Penyelidik Kanan.
Dalam lawatan tersebut, Puan Aisah Binti Saleh, Hakim Mahkamah Rendah Syariah telah memberikan taklimat ringkas tentang pengoperasian di Mrs Jasin dan Sungai Rambai. YAA Tuan juga telah menyampaikan amanat kepada pegawai dan kakitangan MRS Jasin. Antara kandungan amanat beliau adalah menyeru agar semua amanah, ikhlas dan berintegriti dalam menjalankan tugas. Beliau juga menekankan konsep kerja secara berkumpulan dan perlu menambahbaik pengurusan kaunter agar penyampaian awam perkhidmatan sentiasa cemerlang. Semoga lawatan oleh Ketua Hakim Syarie ini dapat memberikan suntikan kepada semua pegawai dan kakitangan MRS Jasin dan Sungai Rambai untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Mahkamah Syariah Negeri Melaka.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |