MAJLIS MERAIKAN PELAJAR PRAKTIKAL DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
MAJLIS MERAIKAN PELAJAR PRAKTIKAL DI MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA
31 Mei 2024 | 22 Zulkaedah 1445H (Jumaat) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka sememangnya sentiasa terbuka menerima kehadiran pelajar-pelajar praktikal. Pada 31 Mei 2024 (Jumaat), seramai 8 orang pelajar yang menjalani Latihan Praktikal di MSNM telah dan akan tamat sesi latihan mereka. Dikalangan mereka ada yang menjalani latihan selama sebulan dan hingga tiga bulan. Kesemua 8 pelajar praktikal ini telah diraikan dalam satu Majlis Ringkas Penyampaian Sijil Tamat Latihan Praktikal dan cenderamata di Kompleks Mahkamah Syariah Ayer Keroh dan dihadiri oleh Tuan Hj. Mohd Yunus bin Mohamad Zin serta pegawai-pegawai Jabatan iaitu Puan Jamiah binti Hussin (Pejabat Ketua Pendaftar), Tuan Jasmin bin Ismail (Unit SULH), Encik Azahar bin Hj. Jaapar (MRSMT), Puan Saudah binti Adnan (UKPSM), Encik Abdul Razak bin Ali (BTMK) dan Encik Abdul Razak bin Mohamad (UKPSM).
Walaupun majlis yang diadakan ini begitu ringkas tetapi ianya diraikan dengan penuh penghormatan. Kesemua pelajar ini rata-rata menzahirkan rasa sayu dan bangga kerana dapat berkhidmat di Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan juga berpeluang menyertai beberapa program besar anjuran Jabatan. Ini memberi mereka satu pengalaman berharga yang penuh bermakna untuk pelajar. Pihak Jabatan menzahirkan sekalung penghargaan kepada semua pelajar praktikal ini yang telah menamatkan sesi latihan mereka dengan menunjukkan keupayaan dan komitmen yang sangat tinggi terutamanya dalam memupuk semangat kerja berpasukan yang cemerlang.
Pihak Pengurusan Tertinggi dan Seluruh warga MSNM mendoakan agar semua pelajar tersebut akan lebih maju jaya pada masa akan datang. Jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar berikut:
1. Cik Nur Athirah Binti Hasni
Ijazah/Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
22.04.2024 -24.05.2024 (1 bulan)
Penempatan: Mahkamah Tinggi Syariah Melaka
2. Cik Nabilah Huda Binti Amir
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
03.03.2024 -24.05.2024 (2 bulan 21 hari)
Penempatan: Unit Rekod
3. Encik Muhammad Qoyyum Bin Abd Rahman
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
11.03.2024 -31.05.2024 (2 bulan 21 hari)
Penempatan: Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah
4. Cik Nazatul Athirah Binti Nazaruddin
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
11.03.2024 -31.05.2024 (2 bulan 21 hari)
Penempatan: Unit SULH
5. Encik Muhammad Fikri Bin Mokhtar
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
11.03.2024 -31.05.2024 (2 bulan 21 hari)
Penempatan: Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah
6. Cik Siti Nur Haziqah Binti Hamzan
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
11.03.2024 -31.05.2024 (2 bulan 21 hari)
Penempatan: Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah
7. Cik Siti Khadijah Binti Khalid
Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18.03.2024 -07.07.2024 (3 bulan 20 hari)
Penempatan: Mahkamah Rendah Syariah Jasin
8. Encik Muhammad Soleh Bin Kamal Shahril Al-Tohamy
Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18.03.2024 -07.07.2024 (3 bulan 20 hari)
Penempatan: Mahkamah Rendah Syariah Jasin
Semoga sentiasa berjaya dan terus cemerlang di luar sana walau berada dalam bidang apa sekalipun, terima kasih.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |