20 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445H (Isnin) - Perbincangan mengenai Proses Kerja serta dokumen yang berkaitan efiling telah diadakan pada 20 Mei 2024 pada jam 3.00 petang bertempat di bilik Mesyuarat Saidina Umar di aras 4 Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Perbincangan ini telah dihadiri bersama Jabatan Pendakwaan Negeri Melaka serta Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka. Pelbagai isu dan kemusykilan tentang efiling dibincangkan agar satu pekeliling/garis panduan dapat dikeluarkan dan digunapakai oleh semua pada masa akan datang. Terima kasih di atas kerjasama semua yang terlibat dan Negeri melaka akan menggunakan kemudahan efiling yang disediakan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan semua kelak.
![]() |
![]() |
![]() |